Thursday, February 26, 2015

Resepi Cheese Cracker Lazat (cheesekut)

Kalau dengar resepi ni pasti ramai yang dah biasa buatkan? maklumla resepi mudah dan sedap!

Untuk memastikan resepi ni tak hilang so sy sharekan di sini, senangla nanti nak buat lagi kot-kot lupa plak ke lepas ni. hehe


nah tengok gambar dulu! memang tempting la bila tengok. tiap kali tengok mesti tergugat. huhu. Jom tengok bahan-bahannya. yang senang je sy buat, kalau yang susah tu memang jarang la nak upload kat blog ni, haha

Bahan-bahan:

- cream cheese 250 gram, sy guna jenis tatura

- susu pekat manis (setengah tin) kang lebih kencing manis plak kang! hehe

- biskut crackers. jenama apa pun boleh. 

- nestum peket kecik. ikut suka korang jugak la. just untuk topping je tu. nak guna oreo boleh, milo pun layan gak. 

So cara membuatnya. senang sangat, pejam mata je boleh siap :p 

mula-mula. masukkan cream cheese dan susu pekat. pukul sehingga kembang dan sebati. rasa-rasa dah kembang tu stop pukul dan letak tepi. 

ambil bekas dan susu biskut cracker satu lapis. susun cun-cun dan letakkan cream tadi sebagai topping. taburkan nestum.

ulang cara tadi untuk lapisan kedua. ikut suka korang nak berapa lapis pun. sampai habis bahan tadi pun boleh. siap! masukkan dalam peti sebelum dihidang. 

kalau korang perasan biskut cracker tu sy tak celup dalam nescafekan? sebab sy nak crispy biskut tu bila nak makan. untuk yang gemar rasa yang soft boleh la celup biskut dalam 1 cawan yang dibancuh 1 peket nescafe 3 in1 ye. 

selamat mencuba! 

untuk lebih banyak resepi boleh klik http://letsmasak.com/?id=1004

Tuesday, February 24, 2015

resepi Puding triffle mudah, cepat dan sedap!

mango pudding triffle

Salam! sebenarnya nak buat puding ni senang je. bahan-bahan pun tak banyak dan murah! :) 

Bahan-bahan: 

- 1 kek gulung. boleh guna kek span, coklat etc. ikut citarasa masing masing ye. 

- 1 kotak krystal jelly. sy guna brand nona yang mango flavor. boleh guna apa flavor pun. ikut korang la nak yang mana pun janji kystal jelly okey. 

- 3 sudu besar tepung kastard. kalau nak keras lagi boleh tambah 1 sudu besar lg ye. macam sy suka yang lembut je so letak 3 sudu dah cukup :) 

-1 tin susu cair. 

- 1 tin buah koktail

- 1 sudu gula

- air. sukat mengikut tin susu cair tadi. 

so dah ada bahan-bahan boleh kita mulakan. cara- caranya : 

1. potong kek. susun dalam bekas dan padatkan. kalau taknak guna bekas kecik macam dalam gambar boleh guna tupperware besar terus. 

2. Dalam bekas lain, masukkan 3 sudu tepung kastard, susu cair dan 1 tin air. kacau sehingga sebati. tapiskan adunan dan masukkan 1 sudu gula. masak atas api sehingga pekat. 

3. Setelah pekat, tuang ke atas kek tadi dan ratakan. taburkan fruit cocktail atas dia. boleh campurkan buah segar kalau suka seperti mangga, strawberry ke. mesti lagi sedapp. 

4. untuk lapisan atas, Masukkan 400ml air yang dicampur dengan air buah koktail tadi ke dalam periuk. masukkan 1 kotak jelly kristal dan kacau hingga larut dan jernih. tak perlu campur gula sebab jelly ni dah manis. 

5. tuang atas koktail tadi dan sejukkan sebelum di hidang! senangkan? 

selamat mencuba :) 

p/s: untuk dapat banyak resepi lagi boleh click link ini! http://letsmasak.com/?id=1004


Tuesday, February 17, 2015

Jom sertai Let's Masak! it's not that hard sayang!

Let's Masak! 

Dengar pun dah awesome kan? memang sangat awesome lah. sesuai sangat untuk kita yang suka google untuk cari resepi yang menarik! :)

Pernah dengar tak tentang Let's Masak? sebenarnya Let's Masak ni merupakan laman web yang mengumpul semua jenis resepi. Cakap je nak masak apa? nak makan apa? cari je kat Let's Masak dan tinggg!! keluarlah resepi yang diidamkan. hihi. kita dah buat dah. anda bila lagi? :p


kalau ada yang tanya Lets Masak yang mana ni? haa senang tengok ada logo ni. http://letsmasak.com/?id=1004 (click) untuk memudahkan carian anda. Setakat ni laman web ini lah yang menggunakan aplikasi paling mudah untuk berkongsi dan mencari resepi yang ada! 

Eh boleh berkongsi resepi ke? iye boleh! sekiranya korang ada resepi yang menarik, mudah dan memang suka untuk berkongsi korang boleh lah mendaftar dengan http://letsmasak.com/?id=1004! Untuk mendaftar boleh click link ini http://letsmasak.com/?id=1004 Selepas mendaftar korang boleh berkongsi resepi dan yang paling best setiap resepi yang korang share boleh dapat reward atau erti kata lain dapat ganjaran yang korang boleh tebus nanti. lagi banyak berkongsi lagi banyak ganjaran yang boleh ditebus! yeay! sambil membantu orang mencuba resepi kita sambil dapat reward. suka kan? haa jom daftar sama-sama. 

Ada yang tanya macam mana reward system http://letsmasak.com/?id=1004 ni? meh nak cerita kat korang. Reward system dia macam dalam gambar di bawah: 



Senangkan? setiap perkongsian korang tak kira la resepi ke, tip ke atau pun ajak kawan-kawan ke. Semua akan dapat point yang mana point tu boleh ditebus tau! so boleh simpan point banyak-banyak. hehe. kalau korang blur lagi lepas tu tanya tebus dalam bentuk wang tunai ke? iye kakak-kakak dan abang-abang, tebus dapat wang tunai ler. takkan nak dapat lauk pulak kan? hehe.

click sini untuk register! http://letsmasak.com/?id=1004

Sekarang Letsmasak dengan kerjasama hai blogger menganjurkan satu contest yang mana hadiahnya super awesomee! alahai bestnya kalau dapat 1st prize tu! senang je nak join contest ni tau! Boleh klik gambar dibawah ye.




Letih dah celoteh panjang. hehe. so nak tahu info lanjut boleh terussss ke http://letsmasak.com/?id=1004 tau! kita sudah! korang bila lagi?

Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama kelab komuniti hai blogger! http://www.haiblogger.com

Selamat mencuba!






Resepi Lava Cake Mudah


Resepi Lava Cake

Bahan-bahan: 
1. 5 sudu besar mentega

2. 100 gram dark coklat

3. 2 biji telur

4. 1 biji kuning telur

5. 4 sudu besar gula

6. 3 sudu besar tepung gandum

7. 2 sudu kecil serbuk koko

8. secubit garam

9. bekas remedi atau foil cup

Cara-cara membuatnya: 

1. masukkan mentega dan coklat ke dalam 1 bekas. gunakan teknik double boiler untuk cairkan coklat. 

2. di bekas yang berasingan, masukkan ke semua telur dan gula. kacau hingga sebati. 

3. setelah coklat cair, tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang berisi telur dan gula tadi. kacau rata. Di dalam bekas berasingan, masukkan tepung, serbuk koko dan garam. ayak kesemua bahan untuk dapatkan tekstur yang halus. 

4. Kemudian, masukkan sikit demi sikit ke dalam bekas yang berisi adunan coklat dan telur tadi. kacau sebati kesemuanya. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas yang disediakan. 

5. panaskan dahulu oven selama 10minit dengan fungsi api atas bawah dengan suhu 200'c. Selepas itu masukkan adunan dengan masa 10 hingga ke 13minit sahaja untuk dapatkan coklat yang cair di dalam. 

selamat mencuba! 

tips: sekiranya kek sejuk, boleh panaskan dahulu kek didalam microwave untuk cairkan coklat didalamnya. sedap dimakan bersama aiskrim!