Tuesday, February 17, 2015

Resepi Lava Cake Mudah


Resepi Lava Cake

Bahan-bahan: 
1. 5 sudu besar mentega

2. 100 gram dark coklat

3. 2 biji telur

4. 1 biji kuning telur

5. 4 sudu besar gula

6. 3 sudu besar tepung gandum

7. 2 sudu kecil serbuk koko

8. secubit garam

9. bekas remedi atau foil cup

Cara-cara membuatnya: 

1. masukkan mentega dan coklat ke dalam 1 bekas. gunakan teknik double boiler untuk cairkan coklat. 

2. di bekas yang berasingan, masukkan ke semua telur dan gula. kacau hingga sebati. 

3. setelah coklat cair, tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang berisi telur dan gula tadi. kacau rata. Di dalam bekas berasingan, masukkan tepung, serbuk koko dan garam. ayak kesemua bahan untuk dapatkan tekstur yang halus. 

4. Kemudian, masukkan sikit demi sikit ke dalam bekas yang berisi adunan coklat dan telur tadi. kacau sebati kesemuanya. Selepas itu, masukkan ke dalam bekas yang disediakan. 

5. panaskan dahulu oven selama 10minit dengan fungsi api atas bawah dengan suhu 200'c. Selepas itu masukkan adunan dengan masa 10 hingga ke 13minit sahaja untuk dapatkan coklat yang cair di dalam. 

selamat mencuba! 

tips: sekiranya kek sejuk, boleh panaskan dahulu kek didalam microwave untuk cairkan coklat didalamnya. sedap dimakan bersama aiskrim! 

No comments:

Post a Comment